Tuesday, February 8, 2011

Sekilas tentang SMK Datuk Haji Abdul Kadir ........

SEJARAH SEKOLAH

Pada awalnya dikenali sebagai Kepala Batas Secondary School. Merupakan satu-satunya sekolah menengah aliran Inggeris di kawasan Kepala Batas. Pada peringkat awal penubuhannya iaitu pada tahun 1961, jumlah pelajar hanya seramai 142 pelajar . Kemudian jumlahnya bertambah kepada 269 pada tahun 1962 dan seterusnya bertambah kepada 437 pada tahun 1963. Pada tahun tersebut para pelajarnya terdiri daripada 230 pelajar melayu lelaki dan 120 pelajar melayu perempuan, 34 pelajar cina lelaki dan 14 pelajar cina perempuan. Manakala pelajar India pula seramai 28 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan.Terdapat juga seorang pelajar lelaki berketurunan siam.

Sekolah ini bermula dengan 13 buah kelas. Kelas-kelas tersebut terdiri daripada
Tingkatan 1

3 kelas aliran Bahasa Inggeris dan 3 kelas aliran Bahasa Melayu
Tingkatan 2

4 kelas aliran Bahasa Inggeris dan 1 kelas Bahasa Melayu
Tingkatan 3

4 kelas aliran Bahasa Inggeris
Tingkatan 4

2 kelas aliran Bahasa Inggeris

Dari segi akademiknya, untuk pertama kalinya pihak sekolah telah menghantar seramai 78 calon pelajarnya untuk menduduki peperiksaan LCE pada tahun 1963.

Sekolah ini ditukarkan namanya kepada Sekolah Datuk Haji Abdul Kadir sempena nama seorang tokoh tempatan iaitu Tuan Haji Abdul Kadir Bin Haji Hassan. Perasmian sekolah telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat Dato' Musa Hitam (Menteri Pendidikan ketika itu) pada hari Rabu, 24 September 1980.

Pada peringkat awal penubuhannya hanya terdapat 2 blok bangunan sahaja iaitu blok Muhibbah dan Kantin. Blok Muhibbah menempatkan sebuah pejabat, sepuluh buah kelas, sebuah makmal dan empat buah tandas untuk kegunaan pelajar dan guru.

Kini, kawasan sekolah telah mengalami perubahan demi perubahan sesuai dengan perkembangan zaman semasa dan tuntutan teknologi pendidikan. Antara perubahan terkini ialah :

1. Bangunan asrama yang tersergam indah (beroperasi mulai tahun 2004)
2. Tambahan bangunan baru 4 tingkat (mengantikan bangunan lama, di lokasi yang sama)
3. Bangunan surau
4. Sebuah makmal komputer, sebuah makmal Produksi Multimedia dan sebuah pusat akses
5. Capaian Internet(Wifi,LAN) hampir seluruh kawasan sekolah




LOKASI SEKOLAH



VISI SEKOLAH

SMK Datuk Haji Abdul Kadir menjadi sekolah cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah menjelang tahun 2010



MISI SEKOLAH

Mengembleng segala usaha semua pihak ke arah kecemerlangan akademik
Mewujudkan suasana persekolahan yang kondusif dan terbaik
Menggalakkan penglibatan yang aktif dalam bidang kokurikulum
Memupuk dan menekankan pembinaan sahsiah serta disiplin terpuji

Semua yang tersebut dapat dicapai dengan kerjasama dan komitmen oleh semua warga sekolah serta masyarakat sekitar


LOGO SEKOLAH




Buku
Lambang ilmu yang wajib dipelajari
Warna Hitam Latar Belakang Buku
Teguh dan Tabah Hati
Anak Padi
Ilmu yang sentiasa berkembang
Warna Merah
Semangat yang gigih, tekun dan berwawasan
Cogan Kata
Ilmu pengetahuan penting untuk mencapai cita-cita

Huraian Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan 2

Geografi - Tingkatan 2

Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 1 dan 2

Sejarah - Tingkatan 1dan 2

Sunday, February 6, 2011

Nota Geografi 1,2,3

Nota Grafik Geografi Tingkatan 1,2,3

Nota Sejarah

Nota Sejarah Tingkatan 2

Salam Buat Semua Warga Pendidik .... ^_^

ASSALAMUALAIKUM .... 


"Jika manusia dihormati kerana ilmunya, pendidik pula dihormati kerana sumbangannya dalam mendidik dan menabur ilmu. Setinggi mana ilmu seorang guru jika dia lokek untuk menyampaikan ilmunya maka sia-sialah dia sebagai seorang guru." - Dragonizer

"Jika aku ingin berkias, maka aku akan disalah anggap telah terpesong akidahnya jika mengatakan guru itu umpama dewa yang turun dari langit. Maka tanpa berkias, tanpa makna tersirat, di sini ingin kujelaskan bahawa perkataan pendidik itu adalah terlalu tinggi nilainya berbanding dengan seorang perdana menteri. Kerana guru mampu melahirkan perdana menteri dan pemimpin pada masa depan." - Dragonizer 


Sekilas tentang SEJARAH dan GEOGRAFI 


Sejarah merupakan pembelajaran mengenai masa lampau terutamanya menggunakan catatan bertulis. Teknologi baru seperti fotografi dan teks fail komputer juga digunakan untuk mengarkib sumber. Apabila berbincang mengenai bidang kajian, sejarah merujuk kepada sejarah manusia yang berkenaan catatan mengenai masyarakat lampau. Mereka yang mengkaji sejarah dikenali sebagai ahli sejarah atau pakar sejarah.
Pakar sejarah menggunakan pelbagai sumber termasuk penulisan atau bahan bercetak, temuramah (sejarah lisan) dan arkeologi. Pendekatan berbeza mungkin lebih kerap digunakan, bergantung kepada tempoh masa kajian tersebut dibuat. Sejarah yang berlaku sebelum rekod manusia dikenali sebagai pra-sejarah.

Geografi merupakan kajian tentang lokasi dan variasi ruang dalam fenomena manusia dan fizikal di bumi. Perkataan geografi diambil dari perkataan Inggeris yang berasal dari perkataan Greek hê gê ("bumi") dan graphein ("menulis" atau "menggambarkan").
Geografi juga merupakan pelbagai buku sejarah berkenaan bidang ini, khususnya Geographia oleh Klaudios Ptolemaios pada abad ke-2.
Geografi lebih daripada pengkajian peta. Ia bukan hanya menyiasat dimana kedudukan di bumi, kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh manusia atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.