Sunday, February 6, 2011

Salam Buat Semua Warga Pendidik .... ^_^

ASSALAMUALAIKUM .... 


"Jika manusia dihormati kerana ilmunya, pendidik pula dihormati kerana sumbangannya dalam mendidik dan menabur ilmu. Setinggi mana ilmu seorang guru jika dia lokek untuk menyampaikan ilmunya maka sia-sialah dia sebagai seorang guru." - Dragonizer

"Jika aku ingin berkias, maka aku akan disalah anggap telah terpesong akidahnya jika mengatakan guru itu umpama dewa yang turun dari langit. Maka tanpa berkias, tanpa makna tersirat, di sini ingin kujelaskan bahawa perkataan pendidik itu adalah terlalu tinggi nilainya berbanding dengan seorang perdana menteri. Kerana guru mampu melahirkan perdana menteri dan pemimpin pada masa depan." - Dragonizer 


Sekilas tentang SEJARAH dan GEOGRAFI 


Sejarah merupakan pembelajaran mengenai masa lampau terutamanya menggunakan catatan bertulis. Teknologi baru seperti fotografi dan teks fail komputer juga digunakan untuk mengarkib sumber. Apabila berbincang mengenai bidang kajian, sejarah merujuk kepada sejarah manusia yang berkenaan catatan mengenai masyarakat lampau. Mereka yang mengkaji sejarah dikenali sebagai ahli sejarah atau pakar sejarah.
Pakar sejarah menggunakan pelbagai sumber termasuk penulisan atau bahan bercetak, temuramah (sejarah lisan) dan arkeologi. Pendekatan berbeza mungkin lebih kerap digunakan, bergantung kepada tempoh masa kajian tersebut dibuat. Sejarah yang berlaku sebelum rekod manusia dikenali sebagai pra-sejarah.

Geografi merupakan kajian tentang lokasi dan variasi ruang dalam fenomena manusia dan fizikal di bumi. Perkataan geografi diambil dari perkataan Inggeris yang berasal dari perkataan Greek hê gê ("bumi") dan graphein ("menulis" atau "menggambarkan").
Geografi juga merupakan pelbagai buku sejarah berkenaan bidang ini, khususnya Geographia oleh Klaudios Ptolemaios pada abad ke-2.
Geografi lebih daripada pengkajian peta. Ia bukan hanya menyiasat dimana kedudukan di bumi, kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh manusia atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut. 


No comments:

Post a Comment